DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Pada 26 Februari 2024 (Isnin), telah berlangsung program Bicara Eksekutif: Taklimat Keselamatan Arahan MKN No.23 (Semakan 2023) Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka di Auditorium A, KOMTAR, Negeri Pulau Pinang. Program yang merupakan anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang dengan Pejabat SUK Pulau Pinang ini telah dihadiri lebih kurang 200 orang penjawat awam yang terdiri daripada pelbagai agensi.
Menjadi keutamaan objektif bagi pelaksanaan program kali ini, agar kemas kini dan mekanisme terbaharu pengurusan pelarian yang terkandung dalam Arahan MKN No. 23 dapat disampaikan dengan jelas kepada semua agensi keselamatan diperingkat daerah dan negeri. Diharapkan penganjuran program seumpama ini akan memberi kefahaman yang jelas kepada semua yang terlibat untuk terus melaksanakan gerak kerja yang efisien dan kemas.