SPRM SABAH TAHAN LELAKI PERDAYA KONTRAKTOR BERI WANG RASUAH BAGI DAPATKAN PROJEK TIDAK WUJUD

KOTA KINABALU (26 Februari): Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembaikan di sebuah sekolah di Beluran.

Menurut sumber, suspek yang berusia sekitar 60-an dan bekerja sendiri telah meminta dan menerima wang rasuah berkenaan kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek berkenaan yang bernilai kira-kira RM1.5 juta sedangkan projek berkenaan tidak wujud.

“Kejadian berkenaan dilakukan suspek sekitar tahun 2019 di mana supek menyatakan akan membantu mangsa untuk mendapatkan projek terbabit.

“Suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, esok.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …