SESB DAN ECOS PANTAU PELAKSANAAN PROJEK BEKALAN ELEKTRIK DI 19 KAMPUNG DI KOTA BELUD

KOTA KINABALU (25 Februari): Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) bekerjasama dengan Energy Commission of Sabah (Ecos) untuk memastikan bekalan elektrik di beberapa kampung di Kota Belud dapat diberikan kepada penduduk kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ir Mohd Yaakob Jaafar berkata, kemudahan bekalan elektrik yang disalurkan ke 19 kampung berkenaan adalah di bawah projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di bawah kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KLPBW).

Menurut beliau, SESB menjangkakan kesemua kampung yang terlibat dengan projek itu akan mendapat bekalan elektrik pada Mac tahun ini.

“SESB sedang bekerjasama sepenuhnya bersama Ecospantau untuk memantau progres dan status projek berkenaan yang kini 95 peratus telah siap,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kampung-kampung yang terlibat adalah Bukid Kembura, Gaur, Pinolobu, Takulung, Lumpios, Lasau Minunsud, Botung, Sogoh, Tengkurus, Gondukut, Lahanas, Taginambur Jaya, Tamalang, Bukit Bendera, Tororobo Tuguson, Talungan, Teguson, Nahaba dan Toburon.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …