LAMBAKAN WARGA ASING: ISU TUMPUAN DI DAERAH KULIM

Jabatan Penerangan Daerah Kulim telah menganjurkan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) yang bertempat di Pejabat Penerangan Kulim hari ini yang memfokuskan kepada usaha meningkatkan pendaftaran sistem PADU dan menyebarluaskan pemahaman mengenai inisiatif baharu kerajaan.

 

Program telah berjaya menghimpunkan hampir 50 orang peserta dengan kehadiran bersama wakil Jabatan Perangkaan Negeri Kedah dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah yang telah berkongsikan mengenai inisiatif PADU dan penjelasan isu-isu keselamatan setempat yang memerlukan perhatian kesemua peserta yang hadir.

 

Menggunapakai pendekatan santai, konsep Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) telah diberikan penekanan dalam sesi taklimat yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Keselamatan Daerah Kulim, Encik Mior Ahmad Shah Mior Shahidin. Taklimat turut membincangkan isu lambakan warga asing di daerah Kulim dan peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat di dalam mendepani dan memahami isu ini.

 

 

LAMBAKAN WARGA ASING: ISU TUMPUAN DI DAERAH KULIM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …