RM42 JUTA LESAP ANGKARA ‘SCAMMER’

Sebanyak 2,216 kes penipuan dalam talian direkodkan di Negeri Sembilan dengan jumlah kerugian RM42 juta tahun lalu. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, jumlah itu meningkat 192 kes berbanding tahun sebelumnya dengan kerugian RM37 juta.

Pada tahun 2023 sebanyak 971 kes penipuan membabitkan pembelian dalam talian dengan kerugian sebanyak RM9.77 juta iaitu jumlah kategori kes paling tinggi direkodkan. Bagi penipuan pelaburan merekodkan jumlah kes kedua paling tinggi iaitu sebanyak 399 kes, namun mencatatkan kerugian paling tinggi pada 2023 membabitkan lebih RM17 juta.

Menurutnya, kes pinjaman tidak wujud pula mencatatkan 389 kes dengan kerugian RM2.6 juta, penipuan panggilan telefon 220 kes (RM8.3 juta), love scam sebanyak 81 kes (RM2.6 juta) dan 156 kes penipuan e-kewangan (RM1.9 juta). Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan telah berjaya menahan 926 individu bagi semua kategori penipuan dalam talian tahun lalu.

Sindiket penipuan dalam talian akan menggunakan pelbagai helah atau modus operandi bagi memperdaya mangsa, namun orang awam dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal. Elemen permainan psikologi melalui panggilan telefon sangat efektif untuk mencetuskan perasaan ingin tahu, gembira, risau, panik dan cemas hingga pengguna bertindak segera tanpa berfikir panjang.

Masyarakat dinasihatkan supaya menyemak laman sesawang atau kesahihan maklumat diberikan sama ia selamat atau sebalik dan jangan sesekali menekan pautan yang tidak diketahui atau mencurigakan. Polis mempunyai laman sesawang untuk menyemak nombor akaun menerusi Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersial melalui pautan https://ccid.rmp.gov.my/semakmule

Orang awam juga dinasihatkan supaya tidak menjadi keldai akaun dengan menyerahkan atau menyewa akaun kepada pihak lain.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

KOMITMEN 9 FOKUS LANDSKAP BAHARU PENDIDIKAN SABAH

SANDAKAN (9 Mei): Jabatan Pendidikan Negeri Sabah terus memberi komitmen dalam mencapai sembilan fokus Landskap Baharu Pendidikan Negeri Sabah. Sembilan landskap …
Maklumat Lanjut

STRATEGI ESG UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: ANIFAH

KOTA KINABALU (9 Mei): Sabah telah memulakan strategi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang komprehensif untuk pembangunan mampan di …
Maklumat Lanjut

2,013 WARGA FILIPINA DIHANTAR SEMULA KE NEGARA ASAL

KOTA KINABALU (9 Mei): Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah merekodkan seramai 2,013 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang merupakan …
Maklumat Lanjut