59 PATI DICEKUP DI SEREMBAN

Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup pihak berkuasa di pusat bandar ini dalam operasi bersepadu membabitkan Jabatan Imigresen (JIM), polis, dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, semalam.

Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang , operasi yang bermula pukul 5 petang dan berakhir 8 malam itu melibatkan seramai 18 orang pegawainya selain 150 orang pegawai serta anggota polis dan 16 orang pegawai serta anggota MBS.

Menurut beliau, operasi berkenaan telah dijalankan di sekitar bandaraya Seremban yang telah dikenal pasti sebagai kawasan ‘hotspot’. Hasil daripada operasi yang dilaksanakan, seramai 961orang dari pelbagai warganegara diperiksa. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 59 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen.

PATI yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh seramai 20 orang lelaki, diikuti dengan Myanmar seramai 19 orang lelaki, seorang wanita dan seorang kanak – kanak lelaki, Pakistan empat orang lelaki, Nepal enam orang lelaki dan tiga orang wanita dan seterusnya seorang wanita Indonesia, dua orang lelaki warganegara India, seorang wanita warganegara China dan seorang wanita Uganda. Mereka yang ditahan berusia di antara 16 ke 48 tahun dan kesemua tahanan di tempatkan di Depot Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Kosmo online

Artikel/Berita Terkini

TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL DITUTUP SEMENTARA SUSULAN KES DISYAKI KENCING TIKUS

Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah di sini ditutup sementara hingga 24 Mei ini bagi semua jenis aktiviti untuk …

HOTLINE TELE-HELLO AADK | 24 JAM BEROPERASI, 7 HARI SEMINGGU

Ada masalah berkaitan dadah? Jangan tunggu lagi. AADK sedia membantu anda! Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan pelbagai saluran aduan dan …

BUDAYA KESELAMATAN DI SEKOLAH PERLU DIPERKASA

Budaya keselamatan serta amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah seluruh negara perlu diperkukuh bagi memastikan institusi pendidikan terus …