KANAK-KANAK 12 TAHUN DIKHUATIRI LEMAS DI SUNGAI KUALA SAT

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Kuala Sat di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Khamis berkata, kejadian menimpa mangsa, Mustaqim Rizman dari Kampung Kuala Sat dilaporkan kepada pihak polis oleh penduduk tempatan kira-kira jam 5.56 petang.
Menurutnya, susulan maklumat diterima, pencarian segera dijalankan pihak polis bersama bomba, persatuan pengendali bot dan penduduk kampung.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagaimanapun terpaksa dihentikan ekoran keadaan cuaca gelap dan akan disambung pada Isnin,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Tahan ke lokasi untuk operasi SAR pada Ahad.
Menurutnya, pencarian dijalankan menggunakan bot milik penduduk.
“Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Kuantan dan Pekan telah dimaklumkan bagi membantu operasi SAR mangsa,” katanya.
SUMBER : BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …