PAHANG TUBUH AKADEMI GOLF PAHANG BARAT

KUANTAN: Pahang menubuhkan Akademi Golf Pahang Barat dalam usaha melahirkan pemain golf profesional, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Fadzli Mohamad Kamal.
Akademi itu yang dikelolakan Majlis Sukan Pahang (MSP) akan ‘bertapak’ di Padang Golf Raub dekat sini, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum dalam masa terdekat.
“Pelajar sekolah dan remaja yang berusia antara lima hingga 21 tahun dari Pahang barat, khususnya dari Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands, digalakkan mendaftar menyertai program akademi ini.
“Selain itu, akademi golf ini juga memberikan latihan dalam cabang lain bidang golf meliputi kursus kedi dan penyelenggaraan padang,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Facebook beliau.
Fadzli berkata syarikat Galaxy AeroSpace, turut bersetuju menyumbang peralatan untuk pelajar dan remaja yang terpilih menyertai akademi golf itu.
Beliau berkata Padang Golf Raub juga dikenali sebagai AgroGolf atau ‘Golf dalam Kebun’, kerana dilengkapi pokok buah-buahan khususnya durian Musang King dan Black Thorn, manggis, mangga dan nangka, menjadikannya unik berbanding padang golf lain.
SUMBER : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …