LAWATAN DUTA JERMAN KE MALAYSIA KE MUZIUM NEGERI SEREMBAN

Muzium Negeri, Seremban telah menerima lawatan H.E. Dr. Peter Blomeyer, Duta Jerman Ke Malaysia. Lawatan ini adalah merupakan antara pengisian utama beliau sepanjang berada di Negeri Sembilan pada 7 Februari dan 9 Februari 2024.Tujuan utama beliau mengadakan lawatan ialah untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai sejarah dan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan.

Ketibaan beliau telah disambut oleh Puan Noorul Farahashikin binti Sakim, Kurator Bahagian Permuziuman dan Encik Asrul Effendi bin Kamaruzzaman, Penolong Kurator Unit Muzium. Sesi lawatan bermula dengan beliau mendengar taklimat mengenai sejarah penubuhan Muzium Negeri, Seremban, muzium-muzium di bawah pentadbiran Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Adat Perpatih.Taklimat disampaikan oleh Puan Noorul Farahashikin binti Sakim.

Selepas mendengar taklimat, beliau kemudiannya lalu dibawa melawat galeri pameran. Beliau benar-benar berasa kagum dan teruja apabila melihat pameran serta artifak yang berkaitan dengan sejarah Negeri Sembilan dan Adat Perpatih.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada beliau di atas kesudian melapangkan masa mengadakan lawatan ke Muzium Negeri, Seremban.

Melalui lawatan ini beliau dapat mengetahui bahawa Muzium Negeri, Seremban adalah merupakan antara destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di negeri yang terkenal dengan jolokan sebagai β€œNegeri Beradat.”

Sumber:Β FB Muzium Negeri Sembilan

Artikel/Berita Terkini

JEMAAH HAJI DIGALAK KERAP MINUM AIR, ELAK TERDEDAH CUACA PANAS

16 Mei 2024 MAKKAH – Cuaca panas dengan suhu antara 35 hingga 45 darjah Celcius boleh menyebabkan masalah kesihatan bukan …
Maklumat Lanjut

QR KOD ADALAH CARA YANG SANGAT EFEKTIF UNTUK MENANGANI MASALAH KESESAKAN. KINI TELAH DIBUAT DENGAN FASA SEKARANG ADALAH FASA PENGUJIAN

QR KOD ADALAH CARA YANG SANGAT EFEKTIF UNTUK MENANGANI MASALAH KESESAKAN. KINI TELAH DIBUAT DENGAN FASA SEKARANG ADALAH FASA PENGUJIAN …
Maklumat Lanjut