LELAKI BAKAR KERETA PERONDA, CONTENG PERKATAAN JELIK DITAHAN

PETALING JAYA, 15 FEB – Seorang pekerja p-hailing ditahan selepas disyaki membakar kereta polis bantuan dan menconteng perkataan jelik di hentian bas di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damamsara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd. Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 1.52 pagi tadi.

“Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Kami turut merampas beberapa barangan dipercayai digunakan suspek dalam kes berkenaan dalam tangkapan itu,” katanya hari ini.

Mohd Fakhrudin berkata, siasatan awal dilakukan mendapati suspek juga ada melakukan vandalisme dengan menconteng hentian bas itu sebelum membakar kereta berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …