MB GALAK PENJAWAT AWAM DAFTAR PADU, PERMUDAH AGIHAN BANTUAN

SHAH ALAM, 7 FEB: Lebih 27,000 penjawat awam Selangor digalak mendaftar dan mengemas kini maklumat masing-masing dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Dato’ Menteri Besar menjelaskan ia bagi memastikan penyaluran maklumat lebih tepat dalam proses pemberian bantuan dan program yang direncana kerajaan.

“Kita galakkan untuk semua terlibat sebab ia akan beri maklumat lebih tepat kepada proses pemberian subsidi dan perancangan program kerajaan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau ditemui selepas sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Jabatan Perangkaan Selangor menerusi Facebook memaklumkan seramai 420,000 individu di Selangor mendaftar dan mengemas kini maklumat dengan sistem PADU setakat semalam.

Sistem yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Januari 2024 mengandungi profil penduduk untuk membantu kerajaan melaksanakan dasar secara bersasar.

Ia bertujuan meningkatkan kecekapan perancangan dasar dan pengagihan sumber terutama pengagihan subsidi dan bantuan kerajaan yang lebih bersasar kepada rakyat yang benar-benar layak.

Pangkalan data itu juga menjadi rujukan berpusat untuk memastikan mereka yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial.

Pendaftaran dan kemas kini maklumat boleh dibuat antara 2 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024 menerusi pautan https://www.padu.gov.my.

Artikel/Berita Terkini

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut

PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang …
Maklumat Lanjut