PENERBITAN DATA KADAR PERTUKARAN RINGGIT TIDAK TEPAT

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin menjelaskan tentang data kadar pertukaran ringgit yang tidak tepat, termasuk kadar USD/MYR, yang diterbitkan oleh Google pada 5 Februari 2024.

Bagi USD/MYR, kadar pertukaran yang tidak tepat iaitu 6.24 telah dicatatkan melalui Google. Walau bagaimanapun, julat perdagangan tinggi dan rendah bagi USD/MYR yang dicatatkan dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit adalah antara 4.7480 dengan 4.7630 pada 5 Februari, seperti yang disiarkan melalui laman sesawang BNM.

 

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dalam menggunakan sumber yang tidak dapat disahkan sebagai rujukan berhubung dengan ringgit.

 

Bank Negara Malaysia
6 Februari 2024

 

Sumber: https://www.bnm.gov.my/-/inaccurate-usdmyr-bm

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …