JPJ: 6,080 KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN DICATAT SEPANJANG 2023

SHAH ALAM, 6 FEB: Sebanyak 6,080 kematian akibat kemalangan dicatatkan sepanjang tahun 2023 di seluruh negara.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Lokman Jamaan berkata ini bermakna kira-kira 17 hingga 18 kes kematian dicatatkan dalam sehari.

“Hampir 45 minit ada satu kes kemalangan berlaku. Betapa seriusnya isu ini. Daripada jumlah tersebut, 68 hingga 70 peratus kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada penunggang motosikal,” katanya dalam program Ruang Bicara di Bernama TV di sini hari ini.

Beliau juga berkata bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, pelbagai inisiatif dilakukan pihaknya termasuk bekerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Siasatan dan Pengurusan Trafik Polis Diraja Malaysia untuk memberi pendedahan serta didikan kepada pengguna.

Bagaimanapun, Lokman tidak menolak kemungkinan berlaku perlumbaan haram akibat tajaan pihak tertentu yang menawarkan pelbagai hadiah.

“Kemungkin terdapat syarikat permotoran yang menaja para pelumba haram ini bagi menguji kebolehan mereka dalam modifikasi enjin di jalan raya,” katanya sambil menambah sebarang pengubahsuaian atau modifikasi perlu mendapat kelulusan JPJ dan jika tidak, kenderaan mereka akan disita.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut