Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di Malaysia. Kegagalan mematuhi arahan lampu isyarat bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mengundang risiko kemalangan maut yang ngeri.
Bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan bersama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pengguna agar sentiasa mengamalkan perkara berikut:
- Berhenti di lampu merah: Semua kenderaan wajib berhenti di belakang garisan penanda secara sepenuhnya.
- Perlahan di lampu kuning: Bersedia untuk memberhentikan kenderaan, kecuali jika telah melepasi garisan berhenti
- Bergerak di lampu hijau: Kenderaan dibenarkan bergerak jika keadaan persekitaran dipastikan selamat.
Disiplin yang tinggi ketika memandu mencerminkan keperibadian kita. Elakkan sikap terburu-buru yang boleh meragut nyawa insan tidak bersalah. Sentiasa ingat bahawa keselamatan bermula dari kita. Pandu cermat, amalkan toleransi, dan pastikan anda selamat sampai ke destinasi.
Sumber:
https://www.facebook.com/JPJWPKL?__cft__[0]=AZiQ-
https://www.jpj.gov.my/hubungi-kami/negeri/terengganu-jpj/



