INFO INTEGRITI MKN BIL.3/2020 – KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS

 

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memantau kedudukan pendapatan bersih pegawai masing-masing supaya tidak kurang daripada 40% dari emolumen bulanan agar mereka tidak termasuk dalam keadaan keterhutangan kewangan yang serius. Mengikut peraturan megenai pinjaman wang dan had maksimum potongan gaji pegawai awam, semua pegawai awam adalah dikehendaki supaya mematuhi peraturan-peraturan berikut:

a) Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993

Di bawah Peraturan ini, pegawai awam dilarang meminjam wang daripada mana-mana orang khususnya yang menjalankan perniagaan pemberian pinjaman wang. Pegawai awam hanya boleh meminjam wang daripada institusi kewangan yang berlesen dengan syarat-syarat tertentu.

b) Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993

Di bawah Peraturan ini, Pegawai Awam tidak boleh menyebabkan dirinya berada dalam keterhutangan kewangan yang serius khususnya berdasarkan tiga keadaan berikut:

i) Agregat hutang dan liabitinya yang tak bercagar pada bila-bila masa tertentu melebihi jumlah wang sebanyak sepuluh kali emolumen bulanannya;

ii) Pegawai seorang penghutang penghakiman dan hutang penghakiman itu belum lagi dijelaskan dalam tempoh satu bulan dari penerimaan perintah bermeterai penghakiman itu; atau

iii) Pegawai seorang bankrap atau seorang pemakan gaji tak solven.

Peraturan – Peraturan lain berkaitan pengurusan kewangan Penjawat Awam boleh dirujuk melalui Surat Edaran JPA bertarikh 28 Disember 2005 seperti pautan di bawah :

https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Surat_Edaran_Prinsip_Perkhidmatan/se28122005.pdf

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut