MYSEJAHTERA DIAPLIKASIKAN DI MKN PERAK

IPOH – Mysejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Dalam masa yang sama ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Melalui Mysejahtera juga, ia dapat:

  • Membantu kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid-19.
  • Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid-19.
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti wabak Covid-19.
  • Membantu individu mengenalpasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan Covid-19.

Sehubungan itu, Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak turut mengunakan Pengimbas Kod QR Mysejahtera di pejabat ini sejak 7 Jun 2020 yang lalu.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …