Pendaratan Ikan Terengganu Meningkat

Pendaratan ikan di Terengganu mencatatkan 46,643.45 tan metrik sepanjang tahun 2023. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata hasil pendaratan tersebut mempunyai nilailai keseluruhan berjumlah RM237.8 Juta.

Katanya, ia mengalami peningkatan sebanyak 13,143 tan metrik berbanding pada tahun 2022 iaitu sebanyak 33,500.25 tan metrik. Sebahagian besar peningkatan hasil tangkapan tersebut disumbangkan oleh nelayan pantai zon A. Ini membuktikan bahawa program memperkayakan sumber perikanan dalam bentuk melabuhkan unjam dan tukun membuahkan hasil.

Selain itu dibuktikan juga dengan peningkatan pendapatan nelayan pantai, namun beberapa cabaran perlu dilalui oleh mereka berkait dengan pencerobohan.

sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …