JIM TERENGGANU PERKETAT KAWALAN KESELAMATAN DI DEPOH TAHANAN AJIL

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri akan memperketatkan tahap kawalan dan keselamatan di depoh tahanan di Ajil, Kuala Berang. Pengarah Imigresen negeri, Azhar Abd Hamid berkata, depoh berkenaan mempunyai kapasiti seramai 900 pendatang asing tanpa izin (Pati), namun ketika ini seramai 552 ditempatkan di depoh berkenaan.

“Pengurusan Depoh Tahanan Imigresen Ajil sudah diminta memperketatkan tahap kawalan dan keselamatan bagi mengelak insiden Pati meloloskan diri. “Kita sudah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan, terutama pertingkatkan kawalan,” katanya kepada media selepas mengetahui operasi kutip dan belanja di beberapa kawasan di Jerteh, Besut, semalam. Beliau mengulas langkah keselamatan yang akan dilakukan di Depoh Tahanan Imigresen Ajil susulan insiden 131 Pati terdiri daripada etnik Rohingya dan Myanmar lolos selepas merusuh dengan bertindak agresif merosakkan pagar depoh Imigresen Sementara Bidor, Perak, Rabu lalu. Sementara itu, dalam operasi selama 12 jam bermula jam 7 pagi itu, seramai 154 warga asing ditahan yang mana seramai 25 dikenakan tindakan atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri, tinggal melebihi masa dan melanggar syarat pas.


Ulasan MKN

Langkah pengurusan Depoh Tahanan Imigresen Ajil dalam memperketatkan tahap kawalan dan keselamatan dihadapi adalah sejajar dengan Dasar Keselamatan Negara (DKN). Tindakan tersebut bertujuan untuk mencegah insiden keselamatan yang melibatkan PATI dan menjaga kestabilan keselamatan negara. Tindakan tersebut juga mencerminkan komitmen pihak berkuasa untuk mengawal dan menangani isu keselamatan demi keamanan rakyat dan negara secara keseluruhannya.

 

sumber foto: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …