OPERASI MEGA BERSEPADU PERATURAN -PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (PPKHT) 2004 ANJURAN JABATAN KESIHATAN NEGERI KELANTAN (JKNK)

Satu Operasi Mega Bersepadu Di Bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(PPKHT) 2004 anjuran pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah diadakan di Pejabat Kesihatan Pasir Mas pada 29 Januari 2024.
Operasi melibatkan seramai 109 anggota dari seluruh daerah termasuk anggota dari Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri (UIPN).
Sebanyak 479 premis telah berjaya diperiksa dan sebanyak 197 notis 32B di bawah PPKHT 2004 telah dikeluarkan oleh pasukan operasi kepada mereka yang tidak mematuhi kehendak kesalahan di bawah PPKHT 2004 dengan nilai kompoun ditawarkan sebanyak RM 61,200.
Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya merokok dan kesan penyalahan penggunaan rokok yang boleh membawa masalah penyakit tidak berjangkit.
Operasi ini akan dijalankan secara berterusan di semua daerah bagi memastikan penguatkuasaan PPKHT 2004 dapat dipertingkatkan dan bagi melahirkan budaya sihat dalam kehidupan masyarakat tercapai sepenuhnya.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …