SINDIKET KERJA PALSU DI MYANMAR TUNTUT TEBUSAN RM17,000 DARI IBU TUNGGAL

KUANTAN: Terpedaya tawaran kerja khidmat pelanggan yang menjanjikan gaji lumayan di negara jiran, seorang ibu tunggal berusia 29 tahun bersetuju menerima kerja itu.

Bagaimanapun, wanita dari Raub itu akhirnya menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar dan keluarga mangsa diarah membayar RM17,000 untuk membebaskannya.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wong berkata, pada awalnya, kakaknya memaklumkan mendapat pekerjaan di Johor.

“Dia dikatakan berkenalan dengan seorang individu di Facebook September tahun lalu sebelum datang menjemput adik di Raub untuk bekerja di Johor.

“Selepas itu keluarga kami tidak dapat menghubunginya dan bertanyakan kepada rakannya.

“Pada November lalu, seorang rakannya memberitahu kami bahawa adik saya menerima tawaran kerja khidmat pelanggan di Thailand tetapi akhirnya menjadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar.

“Pada 23 Disember lalu, dia menghantar mesej kepada kakak sulung melalui Facebook Messenger memaklumkan dia berada di Myanmar dan perlu membayar RM17,000 jika mahu pulang ke Malaysia,” katanya.

Wong berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Semambu, di sini, hari ini.

Hadir sama, ADUN Semambu, Chan Chun Kuang dan Pegawai Perhubungan Awam Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO), Daniel Khoo.

Dia berkata, adiknya menghantar mesej di Facebook Messenger kepada keluarga sebanyak empat kali dan kali terakhir pada 21 Januari lalu.

“Kali pertama adik saya hantar mesej pada Disember lalu memaklumkan perlu membayar RM20,000 kepada sindiket untuk membebaskannya.

“Beberapa hari kemudian, kakak hantar mesej memaklumkan hanya akan membenarkan dia pulang ke Malaysia selepas bekerja di Myanmar bagi tempoh setahun.

“Pada kali ketiga dan keempat, dia maklum membayar RM17,000 supaya dia boleh pulang ke Malaysia.

“Adik maklum dia ditipu untuk mempercayai tawaran kerja perkhidmatan pelanggan dengan gaji kira-kira RM5,000 di Thailand tetapi akhirnya dibawa sindiket ke Myanmar,” katanya.

Ditanya sama ada keluarga bersedia membayar RM17,000, Wong berkata keluarganya tidak mampu membayar jumlah itu kerana bimbang sindiket itu tidak akan membebaskan kakaknya selepas membayar sebaliknya menuntut bayaran lagi selepas itu.

“Saya cuma mahu adik saya dibawa pulang dengan selamat. Ibu bapa dan anak perempuannya bimbang memikirkan dia,” katanya.

Sementara itu, Daniel Khoo berkata pihaknya akan menghubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Myanmar untuk mengesan mangsa.

“Usaha membawa pulang mangsa hanya boleh dilakukan selepas mengenal pasti lokasi mangsa berada,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut