NEGERI SEMBILAN SASAR 8 JUTA PELANCONG TAHUN INI

Kerajaan Negeri Sembilan menyasarkan kehadiran seramai 8 juta pelancong ke negeri ini tahun ini termasuk dari negara Asia Barat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon, sasaran itu mengambil kira kehadiran pelancong sebelum berlakunya Covid-19 iaitu pada tahun 2018 (7.86 juta) dan 2019 (6.43 juta).

Bagi mencapai sasaran itu, pihaknya dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk swasta akan memperhebat acara, promosi serta pakej menarik bagi merancakkan kembali sektor pelancongan sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Terdapat lebih 50 acara pelancongan telah dirancang sepanjang tahun ini dan akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam satu majlis khas yang diadakan pada 3 Februari ini.

Selain lebih 200 produk pelancongan utama, kita juga akan berusaha menarik kedatangan pelancong menerusi produk pelancongan pelaburan, pendidikan dan perubatan.

Trend pelancongan dari negara Asia Barat seperti Oman, Bahrain, Kuwait, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar selain Turkiye, Rusia dan India kini beralih dari pelancongan santai ke pelancongan pelaburan, pendidikan dan perubatan.

Pihaknya akan melaksanakan kajian bagi meningkatkan lagi produk pelancongan perubatan di negeri ini memandangkan trend kehadiran pelancong seumpama itu juga semakin meningkat di negara ini.

Sebagai contoh di Pulau Pinang, mereka ada pasukan khas terdiri daripada pegawai perubatan untuk menarik kehadiran pelancong melalui sektor pelancongan perubatan.

Ini kerana kos perubatan di Malaysia agak rendah berbanding negara lain. Jadi kita sudah ada beberapa hospital swasta yang mampu menawarkan khidmat perubatan dengan baik.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …