BAP: ‘RM150 RINGANKAN BEBAN KAMI’ – IBU BAPA

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 yang diberikan kepada setiap murid bermula bulan ini memberi kelegaan kepada golongan ibu bapa yang memerlukan bantuan. Ibu bapa yang media temui pada Selasa berharap bantuan seumpama itu diteruskan lagi pada tahun hadapan dalam membantu mereka menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Hasil tinjauan di Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra di Lenggeng, seramai 474 murid menerima BAP bernilai RM150 seorang.

“Bantuan ini sangat-sangat membantu sebab buku sekarang bukan semua mudah, peralatan sekolah pun tidak murah sangat, peralatan sekolah nak baik untuk anak-anak. Alhamdulillah, inisiatif ini membantu kami yang bekerja sendiri,” kata Siti Muliani Nordin.

“Kita rasa bersyukur…sebab kerajaan membantu ibu bapa sekurang-kurangnya tak ada lah rasa terbeban sangat macam saya ada tiga orang anak dan kos setiap orang berbeza-beza,” kata Hafni Tamin.

“Saya rasa bersyukur untuk dapat duit ni untuk bayar yuran sekolah menengah ni. Jadi dengan bantuan ni saya boleh meringankan beban mak ayah saya,” kata pelajar, Noah Mohd Faizal.

KPM sebelum ini mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM788.13 juta menerusi Belanjawan 2024 khusus untuk tujuan BAP yang akan memberi manfaat kepada lebih 5.25 juta murid.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut