APAKAH ITU PADU?

PADU adalah PANGKALAN DATA UTAMA yang mana ianya mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemaskini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
Untuk apa PADU diwujudkan❓
Untuk memastikan anda menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan (sekiranya layak) daripada pelbagai inisiatif Kerajaan berfokuskan rakyat.
Bila pengisian PADU boleh dilakukan❓
📆Bermula dari 2 Januari 2024 sehingga 31 Mac 2024.
Banyak ke maklumat perlu diisi❓
3️⃣9️⃣variable @ maklumat diri yang perlu isi.
Bagaimana keterjaminan data PADU❓
🤫Segala maklumat dan data PADU diklasifikasikan sebagai RAHSIA dan SULIT.
Susah ke nak buat pengisian PADU❓
3 langkah mudah je nak DAFTAR PADU
1️⃣ Maklumat Asas
2️⃣ Pengesahan Akaun
3️⃣ Tetapkan Kata Laluan
Maklumat lanjut layari https://www.padu.gov.my

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut