Jelajah Aspirasi Orang Muda Johor @ Segamat 2024 berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 8,000 pengunjung termasuk Orang Muda Johor di daerah Segamat.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena jelajah termasuklah Semarak Subuh Belia @ Segamat, pameran Identiti Bangsa Johor, Aspirasi Belia Johor dan MYFutureJobs.
Segamat merupakan daerah kedua jelajah diketuai YB Mohd Hairi Md Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor selepas Pontian.
Turut hadir, YB Datoβ On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan); YB Aznan Tamin, Presiden Majlis Belia Negeri Johor serta YBhg Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Segamat.










