TUNKU MAHKOTA JOHOR DILANTIK PEMANGKU SULTAN

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor.
Majlis Istiadat Pemangku Sultan berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini dihadapan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Baginda Tuanku Sultan turut berkenan gelaran kehormatan bagi Pemangku Sultan ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atau
DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Pelantikan Pemangku Sultan Johor ini berterusan selama DYMM Tuanku Sultan Ibrahim menjalankan kerja-kerja Yang di-Pertuan Agong.
DYAM Tunku Mahkota Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006, sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada Januari 2010.
Berangkat sama, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Turut berangkat, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Hadir sama, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.
DYMM Sultan Johor akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, minggu depan.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …