POLIS KAWAL KESELAMATAN, PASTIKAN SAMBUTAN THAIPUSAM ESOK LANCAR

SHAH ALAM, 24 JAN: Polis akan membuat rondaan aman dalam setiap lapan jam bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang sambutan Thaipusam di Batu Caves, esok, yang dijangka dihadiri ramai pengunjung.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata rondaan lapan jam berkenaan adalah untuk satu syif penugasan.

“Saya minta orang ramai yang hadir ke Batu Caves berwaspada dan menjaga barang berharga. Saya berharap sambutan Thaipusam esok berjalan lancar dan tiada insiden tidak baik berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra bersama pengunjung di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, di sini, hari ini.

Isnin lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilapor berkata 1,600 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran sambutan serta keselamatan orang ramai, selain beberapa pusat kawalan statik disediakan bagi memudahkan pengunjung mendapatkan perkhidmatan dan membuat laporan polis.

– BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …