PENEMPATAN HARAM PATI DALAM HUTAN, IMIGRESEN N. SEMBILAN LAKSANAKAN RISIKAN, SIASATAN

Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Negeri Sembilan sentiasa melakukan siasatan dan risikan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku lagi kejadian penempatan dan perkampungan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk yang berada di dalam kawasan hutan di negeri ini.

Menurut Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, selepas berlaku dua kejadian seumpamanya iaitu di Nilai dan Bandar Ainsdale tahun lalu, pihaknya mengakui menerima sedikit maklumat mengenai perkara serupa.

Pihaknya mendapat sedikit maklumat seterusnya sedang buat risikan dan siasatan tentang lokasi dan sebagainya, apabila melibatkan penempatan dalam hutan agak sukar untuk dikenal pasti, namun ia dalam tindakan dan pihaknya sedang menggiatkan usaha untuk mengesan.

Hampir setiap hari pihaknya menjalankan operasi bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini. Berdasarkan statistik ramai warga asing ini ditahan di kawasan Seremban termasuk di Nilai yang merupakan kawasan hotspot, operasi berterusan akan laksanakan di situ.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut