RASUAH PENGUAT KUASA, DUA PEMILIK SYARIKAT KITAR SEMULA DITAHAN SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pemilik syarikat barangan kitar semula kerana disyaki menawar dan memberikan rasuah kepada penguat kuasa.

Kedua-dua suspek disyaki melakukan kesalahan itu pada tahun lalu sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang berkaitan pengurusan sisa pepejal.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki yang berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang semalam, ketika hadir bagi merakam keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan dan dikenakan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Dua pemilik syarikat barangan kitar semula itu ditahan kerana disyaki menawar dan memberikan wang rasuah berjumlah kira-kira RM4,000 kepada seorang penguat kuasa. Berdasarkan siasatan dijalankan, kedua-dua suspek melakukan kesalahan itu pada 2023 dengan memasukkan wang rasuah secara dalam talian dan mesin deposit tunai (CDM) ke akaun seorang penguat kuasa sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Jenayah Seremban, di sini, hari ini di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli dan dibenarkan tujuh hari. Kedua-duanya lelaki itu direman tujuh hari bermula hari ini hingga 29 Januari dan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan. Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …