TUJUH SEKOLAH DI TERENGGANU DITUTUP AKIBAT DINAIKI AIR

Tujuh sekolah di daerah ini dan Hulu Terengganu ditutup selepas sekolah terbabit dinaiki air antara 0.3 meter dan 0.5 meter pagi ini, akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam. Pengarah Jabatan Pendidikan Terengganu (JPNT) Jelani Sulong mengesahkan penutupan tujuh sekolah terbabit selepas kawasan sekolah dinaiki air dan laluan ditutup pagi ini. Tujuh sekolah di daerah ini yang ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Gelugor, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa Wei Sin dan SK Kedai Buloh. Hanya SK Lubuk Periuk di daerah Hulu Terengganu ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak petang semalam. Sekolah yang ditutup diberi cuti bencana.

Artikel/Berita Terkini

ANWAR SANTUNI MANGSA KEBAKARAN KG NUMBAK

TINJAU: Anwar semasa menyantuni mangsa kebakaran di Kg Numbak. KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melawat …

KERAJAAN SETUJU TINGKAT NISBAH KERUSI PARLIMEN SABAH, SARAWAK

MENJELASKAN: Anwar (dua kiri) semasa dalam sidang media. KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak …

ANWAR TIBA DI SICC PENGERUSIKAN MESYUARAT MTPMA63 2026

Anwar (tujuh, kanan) bersama Hajiji Noor (tujuh, kiri) dan PAbang Johari (enam, kanan) merakam gambar kenangan Mesyuarat MA63di di Pusat …