OP TIRIS 3.0: KPDN RAMPAS MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DISELEWENG

Sebanyak 9,000 liter minyak diesel disyaki bersubsidi dengan nilai dianggarkan sebanyak RM19,350 dipercayai diseleweng telah dirampas pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Rembau awal pagi tadi.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, dalam serbuan Op Tiris 3.0 pada pukul 3.22 pagi itu, pihaknya turut menahan dua orang lelaki tempatan. Turut disita dalam serbuan tersebut, sebuah lori 20 tan, sepuluh unit tangki intermediate bulk container berkapasiti 1,000 liter, satu unit pam minyak berserta hos yang menjadikan anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM60,850

Hasil pemeriksaan penuh ke atas lori terbabit mendapati 10 buah tangki IBC yang berisi minyak diesel dianggarkan berjumlah 9,000 liter, manakala dua orang lelaki warganegara tempatan yang ditemui di tempat kejadian telah mengaku sebagai pemandu dan kelindan lori telah ditahan bagi membantu siasatan.

Satu kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenal pasti individu lain yang turut terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran minyak diesel tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

LOKALITI WABAK DENGGI AKTIF NEGERI KELANTAN 2024

Terdapat 7 lokaliti wabak denggi aktif sehingga 19 Mei 2024 Wabak Tak Terkawal • 1 lokaliti di daerah Kota Bharu …
Maklumat Lanjut

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut