PENGANJUR PERLU PEKA, SENSITIF ACARA MENJELANG RAMADAN

Mana-mana pihak yang mahu menganjurkan acara hiburan dinasihatkan untuk lebih peka dan sensitif dalam pelbagai aspek terutamanya penganjuran program menjelang bulan Ramadan bagi mengelakkan wujud isu-isu negatif.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, dalam konteks tersebut, beliau mengharapkan isu keagamaan dapat dipelihara bagi membina keharmonian yang merupakan sesuatu yang sangat penting.

Isu keagamaan ini sangat sensitif. Sehubungan dengan itu, dalam isu terbaharu ini beliau mengesyorkan agar pihak penganjur dan mufti dapat duduk semeja berbincang secara baik untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Insya-Allah tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan bila kita dapat selesaikan dengan cara baik dan saksama, dalam konteks antara pihak penganjur dan mufti. Pada masa yang sama juga, mana-mana mufti apabila mengeluarkan pandangan perlulah berhati-hati dan mengambil semua kira jangan ada pandangan yang mungkin akan melibatkan kegusaran dalam kalangan masyarakat Islam. Beliau juga berharap pandangan yang diberi juga perlu menyelesaikan masalah dan tidak boleh tergantung begitu sahaja.

Secara umumnya, usaha-usaha ke arah memperkukuhkan iman dan juga takwa diperbanyakkan menjelang Ramadan. Apa sahaja aktiviti seperti ceramah, kaedahnya boleh dipelbagaikan yang sudah tentu program yang dianjurkan menjurus dalam membina masyarakat Islam yang bertakwa.

Apabila isu sebegini timbul kalau ada sebarang perbezaan pandangan, sebaik-baiknya cari jalan penyelesaian yang terbaik. Dalam pada itu, katanya, sebagai penggiat seni tidak kira siapa, mereka perlulah mempunyai sikap menghormati bulan Ramadan.

Sebagai contoh kempen solat subuh berjemaah menerusi inisiatif ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang digerakkan selebriti, Alif Satar, yang mana beliau menyokong usaha tersebut.

Program sebegini mendekatkan lagi masyarakat dengan Allah SWT. Cuma dalam masa sama adalah penting pembinaan bukan sahaja hubungan kita dengan Allah SWT diperkukuhkan tetapi juga hubungan dengan manusia perlu dipergiatkan,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut