SYOR KURSUS PENDIDIKAN KEAMANAN DIPERKENALKAN KEPADA MAHASISWA

Kursus Pendidikan Keamanan disyor untuk diperkenalkan kepada golongan mahasiswa di universiti-universiti di negara ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, di universiti-universiti Eropah, kursus pendidikan keamanan didapati mula popular dikembangkan kepada para pelajar.

Teori dan amalan pelaksanaan keamanan daripada pelbagai perspektif tamadun ditelusuri secara perbandingan dan menyeluruh. Beliau yakin bahawa pengenalan kursus sebegini dapat membangunkan penghayatan kepentingan keamanan dalam kalangan generasi muda dan masyarakat sekali gus mampu menampakkan keberkesanan yang lebih bermakna.

Beliau juga berharap agar USIM dapat memainkan peranan substantif dalam menyumbang terhadap keamanan dan keharmonian negara dan tamadun dunia.

Dalam konteks ini juga, keamanan dan keharmonian adalah asas pada segala-galanya. Sekiranya kita menelusuri wacana Maqasid al- Syariah yang meletakkan lima teras utama bagi pencapaian risalah Islam di muka bumi ini iaitu, pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta hakikatnya ia tidak mungkin dapat dicapai dan direalisasikan tanpa wujudnya persekitaran hidup masyarakat yang aman, tenteram dan sejahtera.

Dalam erti kata lain, keamanan dan keharmonian adalah pra-syarat terhadap pencapaian maqasid al-syariah itu sendiri. Oleh yang demikian, membina keamanan dan keharmonian masyarakat dan negara telah menjadi aspek perjuangan luhur dan mulia semua pihak.

Rakyat Malaysia patut rasa bersyukur kerana para alim ulamak juga sarjana Muslim klasik dan semasa, sentiasa terlibat dalam membangunkan kefahaman umat terkait kepentingan penglibatan mereka dalam mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat.

 

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

TENTERA KHAS MALAYA DI CONGO KEMBALI KE TANAHAIR

Pada 16 April tahun 1962, seramai 916 orang pegawai dan anggota tentera khas Malaya yang berkhidmat di Congo selama lebih …

PERSIDANGAN PERSATUAN PARLIMEN NEGARA-NEGARA KOMANWEL

Pada 4 November dalam tahun 1963, DYMM Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong berkenan mencemar …

PERSETUJUAN UNTUK MEMBENTUK BADAN PERUNDING MAPHILINDO

Pada 12 Jun dalam tahun 1963, Sidang Manila yang dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Indonesia, Tanah Melayu dan Filipina telah mencapai …