Nelayan tempatan diingatkan jangan jadi ‘tali barut’ dengan membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini melalui jalan laut. Ia susulan tindakan tiga warga tempatan yang didapati mengambil upah mengambil dan menghantar PATI dari Indonesia ke Malaysia.
Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Mohd Khairi Abd Aziz, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) telah mengesan satu kontek curiga menuju ke Kuala Sungai Sepang, Selangor jam 12 tengah hari semalam. Sebuah bot nelayan tempatan ditahan Maritim Malaysia kerana disyaki membawa PATI warga Indonesia semalam.
Pemeriksaan terhadap bot nelayan mendapati seramai tiga termasuk tekong dan seorang awak-awak rakyat tempatan serta seorang lelaki warga Indonesia berumur 49 tahun yang dipercayai PATI kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah. Maritim Malaysia akan sentiasa memantau dan tegas dalam menyekat kemasukan PATI melalui perairan negara.
Sumber: Berita Harian