PENAGIH DADAH DITANGKAP, LEMPAR HELAIAN, CEBISAN AL-QURAN

Seorang penagih dadah ditangkap polis selepas dipercayai telah melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang telah dikoyakan di tepi Jalan Besar Palong, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu oleh seorang wanita pada pukul 8.30 malam.

Menurutnya, wanita tersebut telah ternampak perbuatan tersebut dilakukan oleh seorang suspek lelaki berusia 37 tahun menaiki motosikal.

Selain itu kata beliau, pihak polis turut menerima dua lagi laporan polis berkaitan penemuan helaian al-Quran dan senaskhah al-Quran di atas Jalan Besar Palong.

Bertindak atas maklumat dan laporan dari pengadu, polis telah berjaya menangkap suspek dan merampas senaskhah al-Quran. Hasil siasatan awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian ini dan saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek juga mempunyai dua rekod jenayah di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan satu rekod di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Suspek akan di bawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 298 A Kanun Keseksaan/ 427 Kanun Keseksaan. Semua pihak dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …