925 LITER MINYAK PETROL DISITA DALAM OPS BERSEPADU PENCEGAHAN KETIRISAN BARANG KAWALAN

 

TUMPAT 20 Jan : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Bersepadu Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara sekitar Tumpat, Kelantan bersama Unit MPV PDRM IPD Tumpat, Kelantan.
Lokasi kejadian dikesan sebuah lorong Jalan Kelaboran, Tumpat pada jam 8.00 pagi tadi telah menyita anggaran 925 liter minyak petrol ditemui berada di bahagian penumpang hadapan dan belakang serta didalam bonet.
Semasa serbuan barang kawalan diisi didalam beberapa tong jerikin dijumpai didalam sebuah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback berpendaftaran tempatan yang ditinggalkan oleh suspek setelah menyedari dikesan pasukan operasi.
Terdahulu dari maklumat risikan, suspek tersebut disyaki membawa muatan bahan bakar barang kawalan bagi melakukan kegiatan penyelewengan yang akan dibawa ke pengkalan haram untuk diseludup ke negara jiran.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …