PASUKAN PETUGAS FOKUS ISU BEKALAN AIR, ELEKTRIK

19 Januari 2024

KOTA KINABALU (18 Januari) : KABINET negeri telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas bagi memantau masalah air dan elektrik di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ia akan diketuai oleh Setiausaha Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan bermesyuarat setiap minggu atau setiap dua minggu untuk menangani semua isu berkenaan bekalan air dan elektrik.

Bercakap ketika mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di Kota Kinabalu pada 10 Jan, Hajiji berkata Kabinet Negeri juga telah mengarahkan semua ketua Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) mengelak daripada mengumumkan atau mengeluarkan kenyataan mengenai projek pembangunan tanpa kebenaran daripada Kabinet.

Hajiji berkata semua GLC Negeri juga dikehendaki merujuk kepada Menteri masing-masing atau Kabinet Negeri sebelum membuat sebarang perjanjian bagi mengelak komplikasi pada masa hadapan.

“Kabinet memandang serius perkara itu,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya, Ketua Menteri itu menyatakan beberapa pencapaian, terutamanya pengambilalihan kuasa kawal selia ke atas bekalan kuasa oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan.

Beliau turut mengiktiraf prestasi kukuh anak syarikat Kerajaan Negeri yang baru ditubuhkan, SMJ Energy Sdn Bhd.

Beliau mendedahkan yang SMJ Energy Sdn Bhd sudah membayar pinjaman RM50 juta kepada Kerajaan Negeri kurang setahun selepas penubuhannya.

“Daripada sebuah syarikat sifar aset, ia kini mempunyai aset lebih RM5 bilion setakat Disember 2023,” katanya, sambil menambah SMJ Energy juga berjaya menerbitkan sukuk wakalah RM900 juta di bawah program sukuk wakalah pelbagai mata wang syarikat itu sehingga RM10 bilion dalam nilai nominal tahun lepas.

Kejayaan lain di bawah kendalian SMJ Energy ialah pengambilalihan 50 peratus ekuiti dalam pengeluaran medan minyak Samarang, 25 peratus kepentingan dalam Samur dan dalam loji LNG berhampiran pantai di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip).

Hadir sama ialah tiga Menteri Mudanya, Datuk Abidin Madingkir, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Datuk Haji Ruslan Muharam, Safar, Peguam Negara Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baharu Datuk Seri Dr Sabin Samitah dan ketua-ketua jabatan.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Harian Ekspres (Sabah)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …