PENYERTAAN MKN SABAH DALAM PROGRAM MOBILE COMMUNITY SERVICES (MCS) SIRI 1/2024 DI KG TOMPIOS, RANAU SABAH PADA 13 JANUARI 2024

 

Pada 13 Januari 2024 (Sabtu), seramai 10 orang warga kerja MKN Sabah yang terdiri dari pelbagai seksyen dan Pejabat Wilayah telah berpeluang menyertai Program MCS yang julung kali diadakan di Kampung Tompios, Ranau sebagai destinasi pertama tahun ini.

Program yang bermula seawal jam 8 pagi telah mendapat sambutan yang meriah dari penduduk setempat. Pihak MKN Sabah telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan sesi interaktif berkaitan Dasar Keselamatan Negara (DKN) tetapi diterjemahkan dalam bentuk treasure hunt dengan penyertaan diterima dari segenap lapisan umur.

Perjalanan sesi secara interaktif kendalian MKN Sabah ini dilihat lebih mendapat sambutan daripada penduduk dengan penyertaan seramai 100 orang berbanding kaedah konvensional secara taklimat. Adalah diharapkan semoga program berlandaskan Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) dapat menjadi wadah penyebaran maklumat berkesan kepada golongan sasaran.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanTanggungjawabBersama
#MKNSabah

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …