MYJALAN KKR INISIATIF PENGGUNA JALAN RAYA LAPORKAN ADUAN

 

KOTA DARULNAIM – Aplikasi MYJalan KKR merupakan inisiatif bagi memudahkan pengguna jalan raya membuat aduan berkaitan kerosakan jalan.
Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr Izani Husin berkata, aplikasi itu bertujuan meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya serta dapat mengurangkan kes kemalangan yang disebabkan kerosakan jalan.
“Berorentasikan konsep ‘Action Speak Louder Than Words’, kempen-kempen seperti Ftroadpedia, Kita Jaga Kita dan Zero Potholes diaktifkan dan dikukuhkan sebagai satu kempen inklusif dibawah kempen MyJalan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata semua aduan di aplikasi itu adalah dibawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM).
Jelasnya, ia juga membabitkan jalan negeri dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masing-masing diselia mengikut bidang kuasa kerajaan negeri serta PBT tersebut.
“Di bawah dasar ‘no wrong door policy’ yang diterapkan dalam aplikasi ini, KKR menerima semua aduan termasuk jalan negeri dan PBT dan tindakan seterusnya diambil kementerian dengan memajukan laporan terbabit kepada pihak bertanggungjawab,” ujarnya.
Terdahulu, aplikasi MyJalan KKR diperkenalkan pada 1 Ogos 2023 sebelum dilancarkan secara rasmi pada 2 Ogos 2023.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …