CUBAAN SELEWENG BARANG KAWALAN MINYAK PETROL GAGAL

TUMPAT 07 Jan : Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah mengadakan Ops Tiris di sempadan negara sekitar Kota Bharu – Tumpat, Kelantan pada hari ini.
Lokasi kejadian di tepi jalan Kg. Telaga Bata, Jalan Chabang Empat Bunohan, Tumpat, Kelantan pada jam 3.40 petang tadi telah menyita anggaran 125 liter minyak petrol bersama sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari berpendaftaran tempatan disyaki tangki telah diubah suai.
Turut ditahan bersama seorang lelaki tempatan berumur 20an, siasatan awal saspek mengaku membuat pembelian pengisian kedalam tangki ubahsuai kenderaannya secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Pekan, Tumpat Kelantan dan kes ini disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Terdahulu maklumat awam saspek mencurigakan telah membuat pembelian pengisian bahan bakar petroleum di stesen-stesen minyak sekitar Pasir Pekan – Tumpat, Kelantan disyaki akan dibawa ke pengkalan haram untuk diseludup ke negara jiran.

Artikel/Berita Terkini

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗨𝗧

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Perhimpunan Bulanan …
Maklumat Lanjut