JABATAN IMIGRESEN GEMPUR 19 PREMIS, 80 PATI DITAHAN

Seramai 80 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam operasi khas yang diadakan di 19 buah premis menempatkan warga asing di sekitar daerah ini dan Port Dickson.

Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, operasi diadakan selamat tiga hari bermula 2 Januari sehingga semalam itu melibatkan seramai 17 orang pegawai.

Hasil daripada operasi yang dilaksanakan, pemeriksaan telah dibuat ke atas 161 orang individu termasuk warga asing. PATI yang ditahan membabitkan dari enam buah negara iaitu Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka, India, Myanmar dan Thailand.

Kesemua ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Mereka telah dihantar dan ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. Lapan borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan dan penjaga premis untuk hadir ke JIM Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …