AL-SULTAN ABDULLAH BERANGKAT MELAWAT GALERI PADI DI SEKINCHAN

SEKINCHAN, 5 JAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Galeri Padi dan Pusat Jualan Beras di sini.

Keberangkatan tiba baginda pada 10 pagi disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Galeri Padi yang dibina dalam kilang memproses padi milik PLS Marketing (M) Sdn Bhd menjadi tarikan para pelancong bagi mendalami ilmu dan sejarah penanaman padi tempatan.

Pada program yang sama, Seri Paduka turut berkenan mencuba mengendalikan mesin menuai dan menanam padi.

Selesai program berkenaan, baginda berkenan berangkat melawat bangunan kilang baharu milik PLS setinggi lima tingkat dan meninjau keindahan pemandangan sawah padi dan sekitarnya dari atas bumbung bangunan itu.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mewakili kerajaan negeri Pahang bagi menerima sumbangan beras sebanyak 10 metrik tan daripada PLS untuk mangsa bencana di Pahang.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …