π—œπ—žπ—₯𝗔π—₯ π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘π—”π—‘ 𝗕𝗔π—₯𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗬𝗔

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya telah mengadakan Perhimpunan Ikrar Bulanan dan Penyampaian Sijil Penghargaan bagi bulan Januari 2024 bertempat di Dewan Lavender. Pada majlis perhimpunan ini, seluruh warga kerja IPD Barat Daya mendengar amanatΒ  mengenai tanggungjawab dan peranan di dalam tugas-tugas yang diamanahkan dapat dilaksanankan dengan penuh ketelusan dan keikhlasan untuk menjadikan Daerah Barat Daya ini satu daerah yang selamat untuk masyarakat.

Nyanyian Lagu Negaraku dan Sang Saka Biru turut dinyanyikan bersama-sama diikuti dengan bacaan doa dan lafaz ikrar sekaligus memperbaharui lafaz ikrar taat setia kepada Raja dan Negara serta Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia.

Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.Β  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR Β KOTA KINABALU: Sindiket β€˜bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …