SELANGOR NEGERI PERTAMA ANJUR PROGRAM JELAJAH MADANI PERINGKAT NEGERI

3 JANUARI 2024 – Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah MADANI peringkat negeri, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk melakukan Jelajah MADANI bagi peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember 2023.

“Kita akan umumkan, mungkin minggu depan mengenai tarikh dan lokasi program ini.

Pada 10 Disember 2023, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah MADANI akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

— BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …