KUALA PILAH BAKAL MILIKI HUB JUALAN BARANGAN IDENTITI NEGERI SEMBILAN

Kampung Budaya Teraci dan Stadium Bola Ngoca dekat sini bakal menjadi hub jualan produk Negeri Sembilan khususnya identiti Kuala Pilah dalam usaha merancakkan industri pelancongan negeri dan pembangunan di daerah ini.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, ketika ini projek naik taraf dan pembinaan di Kampung Budaya Teraci fasa dua sedang dijalankan membabitkan peruntukkan sebanyak RM3 juta dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac).

“Dalam fasa ini, sebanyak 12 kiosk perniagaan hampir siap dibina, sebuah dewan mesyuarat, surau dan tandas untuk kemudahan pengunjung. Pembinaan ini merupakan lanjutan daripada projek fasa pertama yang lalu.

” Kiosk ini nanti akan menempatkan peniaga yang menjual produk-produk ikonik atau barangan tempatan keluaran Negeri Sembilan untuk kita pasarkan kepada pengunjung yang datang ke situ,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Menurutnya, antara produk yang akan dipasarkan adalah beras Seri Menanti, kedai busana adat yang akan dikelolakan oleh Dato-Dato Lembaga iaitu dibawah pihak Istana Negeri Sembilan.

“Pengunjung boleh datang dan mencuba pakaian tradisional kita selain boleh membeli keris, tengkolok atau tanjak, produk makanan dan lain-lain,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Faizal yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) berkata, pihaknya juga sedang memikirkan kaedah sesuai untuk menghidupkan kawasan Stadium Bola Ngoca tersebut selepas selesai pesta bola mengoca.

“Ini bermakna sepanjang tahun kita nak lokasi berkenaan hidup dengan pelbagai aktiviti dan program seperti mana di Sekinchan,Selangor.

Justeru, kita telah menyusun beberapa kaedah dan pakej di mana pengunjung boleh datang untuk menikmati suasana percutian, main di sawah, tangkap ikan, mandi di bonda, makan dan beli produk kita.

“Kita akan buat dalam satu pakej perlancongan dan mencari operator atau pihak yang boleh menguruskan perkara tersebut,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Program Pesta Bola Ngoca yang berlansung pada hujung minggu lalu, Mohd Faizal berkata, Negeri Sembilan merupakan negeri pertama di dunia yang menganjurkan Piala Dunia Bola Sepak Sawah seperti mana yang dikongsi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan,Datuk Seri Aminuddin Harun melalui Facebook rasminya.

“Kami menerima banyak ulasan positif dan sebaliknya daripada banyak pihak melalui pelbagai platform. Kesemuanya kami ambil maklum supaya program seterusnya nanti akan lebih meriah dan rancak,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …