23 PATI DITAHAN DALAM SERBUAN DI SUNGAI PETANI

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Negeri Kedah telah menjalankan operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara bersepadu di sekitar Sungai Petani, lewat malam tadi.

Dua lokasi penempatan haram telah diserbu penguatkuasa menyebabkan sebahagian daripada warga asing bertindak melarikan diri dalam operasi yang dijalankan lewat malam tadi. Hasil pemeriksaan terhadap 130 individu mendapati, 23 individu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Penemuan menarik sepanjang operasi ini adalah modus operandi PATI yang menyelinap melalui terowong kecil yang dibina khas di dalam rumah bagi meloloskan diri dari pihak penguasa. Walau bagaimanapun, tindakan ini dikesan sewaktu operasi dijalankan dan menyebabkan dua orang PATI ditahan ketika sedang bersembunyi di laluan tikus ini.

Selaras dengan teras Kelapan yang digariskan dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 iaitu Keselamatan Rakyat (Pendatang Asing Tanpa Izin), MKN Kedah berpandangan bahawa kehadiran PATI akan menyumbang kepada kesan negatif terhadap keselamatan sosial masyarakat setempat.

Turut sama dalam operasi tersebut ialah Pengarah Keselamatan Negeri Kedah, Encik Mohd Zawawi Zakaria.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …