317 LITER MINYAK DIESEL DISITA DALAM OPS TIRIS

GUA MUSANG 13 Dis : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Cawangan Gua Musang telah menjalankan Ops Tiris di sebuah stesen minyak di Gua Musang, Kelantan pada kelmarin.
Dalam serbuan jam 7.00 malam tadi menemui sejumlah muatan minyak diesel anggaran 317 liter dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux berpendaftaran tempatan.
Tindakan kes dikesan kerana suspek membuat pembelian dan pengisian barang kawalan bekalan bahan api minyak diesel melebihi had kuantiti yang dibenarkan tanpa kebenaran pengawal.
Nilai rampasan barang kawalan dianggarkan bernilai RM 682.07 dan kenderaan RM 20,000.00 jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga tidak lebih dari RM 1 juta atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-dua sekali.
KPDN sentiasa komited dalam membanteras unsur penyelewengan ketirisan bahan api dan tidak berkompromi dalam penguatkuasaan undang-undang dikuatkuasakan.

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …