POLIS TAHAN ENAM INDIVIDU JUAL CUTI SAKIT PALSU DI KAJANG

KAJANG, 13 DIS: Polis menahan enam individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menjual sijil cuti sakit palsu di Kajang, Selangor pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata empat wanita dan dua lelaki berusia 26 hingga 51 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dijalankan di Bukit Jalil, di sini dan Kajang.

Beliau berkata siasatan awal mempercayai mereka menjalankan kegiatan berkenaan sejak tahun lepas dan sijil sakit palsu itu dijual pada harga RM30 hingga RM50 sekeping di sekitar Kajang.

“Polis turut merampas 171 sijil cuti sakit kerajaan dan 70 sijil cuti sakit swasta selain 19 resit rasmi klinik, sebuah komputer riba, lapan telefon bimbit, enam buku sijil cuti sakit dan lima pemacu pena,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata kesemua individu itu direman sejak Sabtu lepas hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu menggunakan dokumen palsu.

“Polis menasihatkan orang ramai terutama majikan supaya membuat semakan dan menghubungi talian Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4242 sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkenaan kegiatan penjualan sijil cuti sakit,” katanya.

-BERNAMA

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …