HAMPIR 2,000 PENUNTUT UiTM CAWANGAN JOHOR SERTAI SOUTHERN VOLUNTEERS

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor melakar sejarah apabila menjadi universiti pertama melancarkan Southern Volunteers (SV) di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dengan penyertaan hampir 2,000 penuntutnya sebagai sukarelawan.
Pelancaran SV peringkat UiTM Cawangan Johor disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia Dan Sukarelawan), Dato’ On Jabbar bersempena Program Uni-Nature Run 3.0 @ Segamat anjuran bersama badan beruniform Unit Kokurikulum di Kampus Segamat.
Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat merangkap Pengerusi Southern Volunteer Daerah Segamat, Ungku Mohd Tahir Ungku Mohd Zakaria; Rektor UiTM Cawangan Johor, Prof. Madya Dr. Saunah Zainon serta Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, Mohd Faiz Mohamad.
SV peringkat UiTM Cawangan Johor dilancarkan berikutan daerah Segamat yang tidak asing dengan bencana banjir di mana warga UiTM Cawangan Johor turut sama menghulurkan bantuan selain mahu memupuk semangat kesukarelawanan.
Manakala program Uni-Nature Run 3.0 @ Segamat dianjurkan telah disertai lebih 4,000 peserta yang melibatkan larian bagi tiga kategori iaitu 3 kilometer (km), 6 km dan 12 km.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …