PROGRAM SILANG BUDAYA PERLU DIPERHEBAT

Program silang budaya antara Malaysia dengan negara luar terutama melibatkan negara serantau seperti Indonesia perlu diperhebatkan.

Menurut Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli, pertukaran dan perkongsian mengenai budaya negara masing-masing merupakan usaha penting dalam memastikan keakraban negara serumpun dapat diperkukuhkan.

Seperti yang diketahui budaya dan adat di Negeri Sembilan ini ada banyak persamaan dengan suku Minang di Indonesia. Bila adanya program sebegini kita dapat lihat perbezaan yang boleh kita belajar dan secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan rapat antara kedua negara.

Menerusi Program Silang Budaya Negeri Sembilan Dengan Kabupaten 50 Kota Sumatera Barat, Indonesia dapat memberi pendedahan kepada generasi muda khususnya tentang keunikan adat dan budaya negeri ini. Jika ia tidak dipromosikan, lama kelamaan akan hilang dan hanyut ditelan zaman.

Generasi sekarang perlu diberi penekanan mengenai perkara ini kerana merekalah yang akan mewarisi nanti. Dengan kerjasama semua pihak, beliau percaya ia akan terus berkekalan dan pentingnya program seperti ini diperhebatkan.

Belanjawan 2024 Negeri Sembilan yang memperuntukkan RM1 juta untuk program Perpatih Fest dan Aktiviti Adat merupakan kesungguhan kerajaan negeri untuk memastikan adat seni dan warisan budaya Negeri Sembilan terus subur.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM BICARA EKSEKUTIF PENERANGAN ISU-ISU KESELAMATAN SIRI 1/2024

Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Bicara Eksekutif Penerangan Isu-Isu Keselamatan …
Maklumat Lanjut

KERAJAAN BERHASRAT BERI TABLET KEPADA PELAJAR – ZAHID HAMIDI

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat untuk memberikan tablet kepada setiap pelajar dalam merealisasikan sekolah digital yang lebih berkesan pada masa …
Maklumat Lanjut

KPM UMUM ENAM INISIATIF ANTARANYA LONJAK KAPASITI GURU DIGITAL

KUANTAN: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital. Menteri Pendidikan, Fadhlina …
Maklumat Lanjut