PESARA GURU RUGI RM480,000 DITIPU SINDIKET SYARIKAT KURIER

Seorang pesara guru mengalami kerugian RM480,000 selepas ditipu sindiket penyamaran sebuah syarikat kurier dan pihak berkuasa dalam talian dalam kejadian pada bulan lepas.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihak polis menerima laporan daripada mangsa seorang wanita berusia 56 tahun itu pada Rabu.

Pada 15 November lalu, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai ejen syarikat kurier dan juga pihak polis menyatakan bahawa ada bungkusan yang mengandungi bahan terlarang iaitu buku cek dan kad pengenalan yang didaftarkan atas nama mangsa.

Mangsa berasa lebih takut apabila diugut akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa dan seterusnya telah mengikuti segala arahan dengan menekan pautan yang diberikan dan berkongsi maklumat akaun bank miliknya bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut.

Selepas itu, dia berasa curiga dengan urusan tersebut sebelum membuat semakan akaun bank dan mendapati ada pengeluaran wang dari akaun miliknya sebanyak RM480,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah percaya kepada pihak yang menyamar sebagai agensi kerajaan atau penguatkuasaan secara atas talian. Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis agar tidak menjadi mangsa penipuan. Sebarang nasihat atau maklumat lanjut boleh menghubungi CCID Scam Response Cebtre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 1,500 JEMAAH HAJI PAHANG TERIMA SUMBANGAN RM750 SEORANG

KUANTAN: Kerajaan negeri melalui Barakah Haji Pahang memperuntukkan RM1.191 juta kepada 1,588 bakal jemaah haji negeri itu yang akan berangkat …
Maklumat Lanjut

JABATAN PERHUTANAN SASAR CAPAI MISI TANAM 100 JUTA POKOK AKHIR TAHUN INI

KUANTAN: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia percaya sasaran kempen menanam 100 juta pokok mampu dicapai lebih awal selewat-lewatnya akhir tahun ini …
Maklumat Lanjut

AKAUN FLEKSIBEL PENUHI KEPERLUAN KECEMASAN M40, B40 – CIMB RESEARCH

KUALA LUMPUR: Pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi keperluan kecemasan dijangka lebih mendesak kepada pencarum B40 dan …
Maklumat Lanjut